Sunday 1 May 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


Hari ini Kapten Mat tak kemana-mana... bila dapat tahu bahawa hari ini ada sambutan hari pekerja peringkat kebangsaan anjuran CUEPACS di Ipoh Kapten Mat pun pergilah... mana lah tau kot-kot boleh dapat maklumat yang berguna... Kapten Mat sedar dan akui, sebenarnya kejayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada kakitangannya, siapa lagi kalau bukan penjawat awam...

Besar sumbangan penjawat awam ini kepada pembangunan ekonomi negara, kita boleh lihat sendiri.. kalau kaktingan awam ini di naikan gaji atau diberikan elaun tambahan  mesti berlumba-lumba orang hendak naikan harga barang.... sedangkan penjawat awam di Malaysia hanyalah sekitar 1.2 juta sahaja....  ramai lagi pekerja yang bekerja di sektor lain... Misalnya sekarang ini kakitangan bank telah diberikan kenaikan gaji yang baru... elaun cola pun di beri dan di selaraskan di seluruh negara.. tetapi tidak memberikan impak yang besar kepada kenaikan harga barang... ia Kapten Mat akui mereka adalah badan swasta dan sentiasa mendapat keuntungan... tetapi harus diingatkan juga... kakitangan awam ini lagi besar tanggungjawabnya... andailah mereka bekerja sambil lewa, ia pasti akan menghilangkan kepercayaan masyarakat dan pelabur terhadap kerajaan... jadi bagaimana kesannya terhadap ekonomi negara secara keseluruhan? 

Majlis pagi ini dimulakan dengan ketibaan DSDR Dr Zambry MB Perak yang akan merasmikan majlis ini... Kemudian nyanyian lagu Negaraku dan lagu 1 Malaysia sambil diiringi oleh sekumpulan koir... sedap juga koir ini menyanyi... tapi Kapten Mat tak pasti.. koir ini dari mana sebenarnya...
Presiden CUEPACS Hj Omar Osman

Aturcara yang ditunggu-tunggu adalah ucapan Presiden CUEPACS.. Hj Omar Osman... satu ketika dulu pernah di hebohkan bahawa beliau ingin bergiat di arena politik (Oleh PR) tetapi di nafikan oleh beliau sendiri... hebat sangatkah Presiden CUEPACS ni... bila tiba sahaja masa ucapan beliau... seluruh stadium diam... dan semua mata tertumpu kepada Presiden... adakah sesuatu yang mengembirakan akan di umumkan? Memang benarlah kata sesetengah sahabat Kapten Mat... beliau ini ada aura ketika bercakap... kata-katanya pun sedap di dengar... apatah lagi ayat-ayat bodeknya itu... pasti ramai yang akan terpengaruh... Kapten Mat sendiri bersemangat ketika mendengar ucapan beliau... sungguh pandai beliau bermain dengan kata-kata...

Di awal ucapan beliau, beliau mengingatkan kembali kepada semua kakitangan awam mengenai betapa pentingnya mereka kepada pembangunan negara.. di ceritakan juga selepas penyelarasan gaji pada tahun 2007 yang lepas kerajaan telah me’makbul’kan 16 permintaan yang di minta oleh CUEPACS.. dan baru-baru ini 3 lagi permintaan CUEPACS telah di tunaikan.. antaranya adalah mengenai bayaran hospital.. dan dengan nada yang berseloroh beliau mengatakan kini penjawat awam sudah boleh tinggal di hospital selama 1 tahun tanpa sebarang bayaran...

Dalam ucapan beliau juga, beliau memberitahu bahawa pada tahun ini ada 2 pekara yang di minta oleh beliau untuk memberikan sedikit senyuman kepada penjawat awam... iaitu yang pertama mengenai penyelarasan elaun sara hidup (cola) dan yang kedua adalah mengenai elaun sewa rumah... Benar kata tuan Presiden..  taraf hidup di bandaraya dan bandar-bandar lain di Malaysia sama sahaja.. kerana kebanyakan harga barangan kita telah sama dan diselaraskan... gula yang kita beli di mana-mana pun harganya sama, kecuali Sabah dan Sarawak..
Mengenai elaun sewa rumah juga, mana ada lagi kadar sewa rumah itu serendah RM180.00.. di Ipoh sendiri pun paling kurang RM 350.00 , belum lagi di JB yang boleh mencecah RM700.00 atau pun di Shah Alam antara RM600.00 – RM1000.00. Sambil berseloroh juga beliau mengatakan jikalau ada sewa rumah serendah RM180.00 beliau mahu CUEPACS sewa semuanya dan berikan kepada penjawat awam...
Dalam pada masa yang sama, Presiden juga mengingatkan seluruh penjawat awam, dan diminta untuk sentiasa melaksanakan 2 pekara ini... iaitu yang pertama Membanteras gejala rasuah dan yang kedua sentiasa Senyum dan Mesra kepada pengguna/masyarakat... kerana beliau yakin, jikalau tidak ada ketirisan dan masyarakat sentiasa yakin serta mesra dengan kerajaan maka negara(kerajaan) akan mendapat keuntungan dari itu.. dan pada ketika itu, mustahil jikalau sesuatu yang di minta oleh CUEPACS untuk kebaikan penjawat awam tidak akan ditunaikan...

Dalam ucapan beliau juga, Presiden tidak lupa akan masalah yang dihadapi oleh penjawat awam.. antara masalah yang dirintihkan adalah mengenai taraf hidup yang tinggi sekarang.... banyak penjawat awam melakukan kerja sampingan untuk menambahkan pendapat.. pekara ini disedari oleh CUEPACS... dan CUEPACS sentiasa berbincang dengan kerajaan bagaimana masalah ini boleh di atasi, kerana bagi Presiden beliau sendiri tidak mahu kakitangan awam bekerja sampingan... kerana ia boleh mengakibatkan seseorang itu hilang fokus kepada tugas hakiki beliau... tetapi beliau sedar bahawa pada masa kini jikalau penjawat awam itu hanya mengharapkan gaji yang sedia ada ia jauh tidak cukup sebenarnya... dan yang kedua masalah yang di hadapi ialah kepada penjawat awam kontrak... hampir 40000 penjawat awam kerajaan dalam status kontrak... kalau mereka tidak boleh di serap ke jawatan tetap..pihak CUEPACS mohon pada kerajaan supaya mereka di berikan kontrak sehingga ke umur 58 tahun... kerana beliau yakin dan pasti kakitangan kontrak ini juga perlu menyara keluarga dan juga membayar hutang... apa yang akan berlaku jikalau kontrak mereka di tamatkan.?.. kini CUEPACS sedang melakukan perbincangan yang serius terhadap nasib 2000 kakitangan kontrak yang di tamatkan perkhidmatannya baru-baru ini...

Diakhir ucapan beliau, Presiden mengatakan bahawa sambutan kali ini amat luar biasa... kerana kehadiran semua tetamu VIP yang dijemput... antara VIP yang hadir ialah Menteri Sumber Manusia, Dato KP Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato KSU KSM dan Dato KSU Kerajaan Negeri Perak... dan beliau pasti ucapan beliau akan di dengari sehingga ke Putrajaya... dan sebelum beliau mengakhiri ucapan beliau sempat juga beliau mengingatkan kembali pekara yang di ucapan oleh beliau kepada Menteri KSM dan Dato KP JPA... dan beliau juga sempatkan mengatakan bahawa kursus-kursus yang bakal di tawarkan oleh JPA haruslah di kaji... jangan terlalu banyak sangat kursus tetapi penjawat awam masih lagi di takuk yang lama... kalau boleh selepas ini, JPA tawarkan kursus yang mana selepas pulang dari kursus penjawat itu layak di berikan kenaikan pangkat atau gaji.... dan Presiden juga meminta seluruh penjawat awam mendegar ucapan YAB PM pada majlis sambutan pekerja peringkat kebangsaan anjuran KSM pada 7 mei ini... mungkin akan ada sesuatu berita yang mengembirakan....  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: