Saturday 30 April 2011

Kapten Mat Teropong Isu Sumpah Laknat dan Klip Video

Malas sebenarnya Kapten Mat nak menulis tentang isu klip video dan sumpah laknat yang diheboh2kan baru2 ni... bukan kerana isu ini isu sensitif ataupun politik, tetapi kerana Kapten Mat malu sebenarnya... Kapten Mat pun tak ambil tahu sangat kisah ni... malulah rasanya kalau nak tengok berita dengan anak2... nak beli suratkhabar pon malu... apabila klip2 video ini dipaparkan untuk tontanan umum... susah nak terangkan pada anak2 sebenarnya... tapi hari ini kemana sahaja Kapten Mat pergi , takde isu lain yang di bualkan... semuanya mengenai “sumpah laknat” dan video klip tersebut.. sehinggakan semasa nak mengambil anak dari kelas tuisyen pun masih banyak lagi orang yang berbicara isu itu. Bukan sahaja orang melayu (islam) tetapi juga orang cina dan india....
Jadi bila pulang dari situ, Kapten Mat pon teropong2lah apa yang boleh.... kontek la kawan2 cari bahan cerita...  tengok balik ulangan berita2 tv tempatan dalam internet, manalah tau dapat bahan2 cerita yang boleh di persoalkan... Jadi apa yang Kapten Mat dapat :

1.       Laporan berita elektronik dan cetak
Fuhh!!! Banyaknya... semuanya tak abis2 paparkan klip video tersebut... ada banyak version yang dah di muat naik atas talian rupanya... surat khabar pun tak lepaskan peluang... snap klip tu dan di letakan di muka hadapan... besar2 lagi nak bagi semua orang tengok.... dah rasa macam bukan nak mencari kebenaran sekarang ni... macam nak meng`aib`kan sahaja... diorang tak sedar ke bahawa tv dan suratkhabar itu bukan sahaja di tonton dan dibaca oleh orang dewasa... tapi kanak2 pun tonton dan baca sekali... kalau diikutkan semua filem@drama yang di tayangkan di tv hendaklah diklasifikasikan sebagai  U (tontonan umum) , 18PL (18 tahun ) atau 18SG(ada unsur2 seks). . dan kalau filem@drama yang di kelaskan sbg 18PL/SG hendaklah ditayangkan selepas pukul 10 malam, supaya anak2 tidak menonton sekali... tetapi berita TV tempatan dan surat khabar menunjukkan adengan2 panas tersebut.. sedangkan ia dikelaskan sebagai U (tontonan umum)... Ohhh .. lupa pulak.. pihak media ni sebenarnya nak mencari kebenaran.. nak menunjukan bukti... dan nak mengesahkan pekara ini benar... 

Ia, kalau pun nak membuktikan atau mengesahkan pekara ini benar.. biarlah mahkamah atau pihak berkuasa yang menentukan... tidak perlu lah di perbesarkan dan ditayangkan untuk tontonan umum... tangkap si perlaku.. dibicarakan dan di jatuhkan hukuman... habis cerita... ini tidak... disiarkan berulang kali.. dan yang menjadi persoalan kalau dulu lah apabila seseorang itu di tangkap... di dakwa dan sebagainya.. tak kira samada artis atau siapa pun mukanya akan ditutup... identiti di dalam gambarnya tidak diberitahu... tapi kali ini sama sekali tidak... 

Betul, memang tv dan paper tutup muka si perlaku... tetapi di nyatakan dengan jelas dimana adegan video itu boleh di tonton secara penuh ataupun mengikut part2 yang dimuat naikan... siap letak URL blog2 tersebut lagi... kan lagi senang kalau paper atau tv ambil klip video itu dan letakan di dalam website mereka sendiri... lagi senang orang nak cari... 

Seperti apa yang Kapten Mat cakap tadi.. kalau di rumah mungkin orang boleh tidak menonton berita atau membeli surat khabar supaya anak2 tidak mencari dan melihat pekara ini... tetapi  bagaimana kalau mereka ketahuinya dari luar... sekolah juga membeli surat khabar secara tetap (setiap hari) untuk diletakan di dalam perpustakaan..dan di dalam surat khabar itu, bukan sahaja di tunjukan adegan klip video tersebut malah memberi jawapan kepada pelajar di mana mereka boleh menonton adengan tersebut..... siapakah yang menyebar klip video ini sebenarnya? Blog? Atau media ?........ Adakah ini dikatakan mencari kebenaran?... atau ini adalah untuk mengaibkan atau menjatuhkan seseorang?.... fikirlah sendiri...


2.       Isu angkat “sumpah laknat”....
Dulu mula2 sekali kita dikejutkan dengan “sumpah laknat” secara terbuka.... di lafazkan oleh orang lain dan di tujukan kepada perlaku yang sama.. kini ‘sumpah laknat’ itu datang lagi... juga di buat secara terbuka... siap di iklankan di dalam web akbhar tempatan untuk di tonton secara atas talian...semua orang boleh tengok , diulang berkali2 di dalam berita perdana... Kalau dulu semasa kes angkat “sumpah laknat” yang pertama ada cerita yang mengatakan ada Imam masjid yang di buang kerja... katanya kerana menegur sumpah itu tidak sah... kali ini ada tak isu seperti itu berlaku lagi?... 
bila di tonton kembali majlis angkat sumpah itu... ada pulak seorang yang mengaku dirinya sebagai pendakwah bebas memberi tazkirah kepada trio Datuk T... siapa pendakwah itu.... cari punya cari akhirnya Kapten Mat jumpa maklumat ni.. pendakwah bebas itu dikenali sebagai Firdaus Supri.. beliau di katakan telah menyampaikan tazkirah kepada trio Datuk T sebelum majlis angkat sumpah tersebut di lakukan. Beliau juga mengatakan bahawa tazkirah tersebut dilakukan adalah semata2 untuk mengingati/memberitahu sesuatu kepada seseorang yang mungkin terlupa atau tidak mengetahui tentang sesuatu pekara.. itu sahaja dan tiada niat untuk menghalang majlis tersebut. Pendakwah Firdaus Supri telah menyatakan kepada Eskay bahawa Sumpah laknat ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada di dalam syariat Islam dan beliau juga telah menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada Eskay. .. dan ada juga cerita yang menyatakan bahawa Firdaus Supri telah memperbetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum majlis itu berlansung.. mungkin sebab itulah ayat yang digunakan oleh Eskay tidak menyebut secara langsung bahawa DSAI adalah perlaku di dalam video tersebut..Cuma di katakan bahawa beliau dan DSAI berada di dalam video itu...  

Yang menjadi persoalan, mengapa angkat sumpah ini di lakukan?... adakah dengan selesainya angkat sumpah ini, seseorang itu boleh bebas atau di dapati bersalah?.... 

Bagi pandangan Kapten Mat, mengapa angkat sumpah ini di lakukan ada 2 pekara, iaitu yang pertama mungkin adalah kerana trio Datuk T ini terdesak agaknya... setelah hampir 1 bulan lebih isu video ini disebarkan masih lagi belum mendapat sokongan yang sepenuhnya... masih ramai lagi rakyat yang tidak percaya dan tidak amik kisah tentang pekara ini... sedangkan kini trio Datuk T akan berdepan dengan dakwaan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. (Apakah yang terkandung dibawah akta ini... cari sendirila... panjang sangat tak larat nak tulis). Yang keduanya kerana kalau nak bawa isu ini ke Mahkamah tidak boleh, kerana undang-undang sivil di Malaysia tidak ada peruntukan untuk mengendalikan kes antara 2 orang dewasa yang melakukan hubungan seks di luar nikah secara rela.. dan kalau hendak di bawa ke perundangan Islam, trio Datuk T ini tertakluk pada tuduhan Qazaf jikalau mereka gagal membawa 4 orang saksi. Jadi cara yang paling senang adalah dengan menggunakan “sumpah laknat” dengan harapan ia dapat membuktikan bahawa mereka adalah  di pihak yang benar. Walaubagaimanpun apa yang di lakukan oleh Eskay sebenarnya adalah tidak salah. Beliau boleh mengunakan “sumpah laknat” ini untuk membuktikan bahawa dia di pihak yang benar, tetapi bagi Kapten Mat jangan jadikan “sumpah laknat” ini sebagai trend. Hormatilah hukum Islam ini seadanya. Bagi pihak media pula janganlah terlalu taksud untuk mempermainkan isu ini. Ini kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan dan mengajar anak2 bangsa kita nanti sesuatu yang tidak sepatutnya mereka tahu diusia semuda ini.. dan jangan jadikan juga dunia politik ini terlalu kotor....

1 comments:

Kapten Mat said...

zaman skang ni video pon dah boleh diedit... bukti itu pun dah boleh meninggalkan tanda tanya... tengok dekat URL ni...--->> hebat tak diorg edit video http://www.youtube.com/watch?v=S0Tfu27Bz2w&feature=related

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: