Tuesday 17 May 2011

Tiada lagi Astro biasa... semuanya B.yond selepas ini?????

Hari ini kotak astro Kapten Mat dah bertukar ke warna hitam.. ini semua gara-gara kebijaksanaan agen astro b.yond memanipulasikan kotak pemikiran isteri Kapten Mat.. mentang-mentanglah beliau kerja di tempat yang sibuk, tak sempat nak berfikir... senang saje mereka nak memperdayakan isteri Kapten Mat...

Baru-baru ini isteri KM dapat panggilan dari seorang wanita yang mengaku beliau dari astro... beliau dengan yakin dan jelas mengatakan bahawa astro milik Puan (isteri KM) akan di tamatkan perkhidmatan tidak lama lagi... oleh sebab itu Puan di minta untuk menukarkannya ke astro b.yond..Pemasangannya PERCUMA dan hanya perlu membuat pembayaran tambahan sebanyak RM20.00 selama setahun... dan Puan akan dapat tambahan 12 siaran HD mengikut pakej yang Puan gunakan... “ehhh... Pakej HD... bukan ke nak tengok HD itu kena menggunakan TV yang ada HDMI atau Full HD (LCD @ Plasma TV lah).. TV saya biasa aje... bukan LCD @ Plasma... buat apa saya hendak amik pakej HD”.. jawab isteri KM dalam keadaan kelam kabut, kerja banyak... “Iya Puan... nak tengok HD memang menggunakan TV seperti yang Puan cakap... tapi apa boleh buat... kalau Puan tak guna b.yond nanti Puan takde astro ... sebab astro  nak tukarkan semua penggunaan biasa ke B.yond”... balas agen itu lagi... Oleh kerana pada masa itu isteri KM terlalu sibuk... maka beliau pun bersetujulah... iyelah.. selama ini bil astro KM yang bayar.... dan KM juga yang akan terpacak depan TV tu tengok EPL setiap sabtu dan ahad... nanti kalau takde astro.. ke kedai mamak la KM melepak... tak duduk rumah la jawabnya sabtu dan ahad... sebab itulah mungkin isteri KM setuju ngan agen tu... beliau taknak KM tengok bola kat luar....

Maka dengan persetujuan itu... semalam datanglah van astro ke rumah... di pasangnya piring astro warna hitam atas bumbung rumah KM.. sambil2 dua orang pekerja tu pasang...KM tanyalah... betul ke astro nak tukar semua astro lama ke b.yond...  sambil mereka berdua tersenyum , lalu mereka menjawab “tak tahu lah abang... kami tak dengar cerita apa-apa pun... tapi dah 2 rumah kami pergi diorang cakap macam tu... yang diorg semua tak puas hati sebab macam abanglah... rumah diorang mana ada tv HD... tapi kena bayar lebih.. sebab dah pakai b.yond”...

Lepas tu KM tak puas hati... jadi KM call kawan seorang ni... wife dia ejen astro b.yond... tanyala betul ke semua ini... lalu ini jawapan yang KM dapat.. “memang sekarang ni astro hanya bekalkan astro b.yond saje... yang lama dah takde... tapi takde pon 1 arahan bertulis yang pihak astro minta semua penggunanya menukarkan ke b.yond.. dan tak pernah sekali pon astro cakap nak tutup acc lama... bayangkanlah berapa banyak pengguna astro sekarang... dan berapa banyak lagi pengguna yang menggunakan pakej yang basic.. jadi kalau astro wajibkan penggunaan b.yond.. ada kemungkinan ramai yang lari.. TV-TV biasa (RTM, TV3, TV7,8 & 9) pon sekarang ini tak kurang hebatnya...cerita pun dah menarik...”... betul juga cakap wife kawan KM ni... kalau astro wajibkan penggunaan b.yond dan tentu banyak orang yang akan complaint nanti... iye la... banyak lagi orang yang guna tv macam KM.. bukan tak mampu nak beli LCD TV... tapi sayang TV lama ini masih boleh guna... tambah2 pula TV ini isteri KM beli masa mula-mula kami baru mendirikan rumah tangga... nak letak kat mana kalau beli TV lain... dalam bilik anak dah ada TV sendiri... buat main PS2... kat dapur pun dah ada TV pakai arial biasa.... senang isteri KM nak tengok cerekarama kalau KM tengok EPL... tak ke membazir namanya tu....(tambah RM20.00 ni pon boleh kira membazirlah... kalau simpan 12 bulan kan dah jadi RM240... kalau simpan 30 tahun...?????? berapa banyak boleh dapat...kira sendirilah)

Walau apa pun.... astro dah tukar hitam kat rumah... jadi tengok je la... siaran HD pon boleh bukak juga... Cuma gambarnya tidak secantik dan jelas seperti TV LCD la... boleh la tengok... tapi yang agak puas hati skit... signal b.yond ini jauh lebih baik dari astro biasa... hujan sedikit lebat pon.. siaran masih lagi tak terganggu... kira puas hati lah juga...

Cuma kalau benarlah astro nak tukarkan semua perkhidmatannya ke b.yond fikir-fikirkanlah sama kepada mereka yang kurang berkemampuan ini... dan pihak astro kena fikirkanlah kaedah bagaimana supaya wujud situasi menang-menang.. pihak astro boleh menukar ke b.yond dan pihak pengguna tidak beban di atas pertukaran tersebut... mana tidaknya... dahlah bil kena bayar lebih... TV pon kena beli yang baru... TETAPI kalau semua cerita ini hanyalah REKAAN semata-mata... ini adalah satu PENIPUAN yang besar pada pengguna.. pihak astro kena pastikan... semua ajennya tidak menipu dalam usaha meraih keuntungan yang besar....

[NOTAKAKI: Hari ni KM nak ronda-ronda kedai elektrik... tengok-tengok TV LCD yang murah-murah... dah ada b.yond tak seronok pulak rasanya menonton tengok TV biasa ni...]
Teringat cerita Nazmi Rajalawak 5... semuanya HD sekarang ini... TV HD.. Peti Ais HD... Kipas HD... Mesin Basuh HD... bila di tanya apa itu HD..jawapannya HUTANG DULU....
 *KM = Kapten Mat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: