Monday 9 May 2011

Harga Runcit Gula dinaikan 0.20sen Sekilogram mulai 10 Mei 2011

Selang beberapa hari selepas RON 97 di naikan sebanyak 0.20 sen.... mulai esok (10 Mei 2011) harga gula pula akan dinaikan 0.20sen.... dari RM2.10 ke RM2.30... kalau masa minyak naik... mungkin bukan semua orang menggunakan RON97.... banyak lagi kenderaan yang gunakan RON95...sebab itula mungkin ramai yang tidak kisah... tapi bila sebut soal gula... semua orang guna gula yang sama... tidak ada kedai/orang di dalam Malaysia ini bancuh air menggunakan gula-gula.. kapten Mat yakin kenaikan harga gula ini akan turut mendorong beberapa harga barang terutamanya barang makanan akan naik....jangan terkejut pulak... pagi-pagi esok Teh Tarik akan mula di jual dengan harga RM1.80 segelas kecil....

Kalau diikut dari beberapa sumber yang Kapten Mat temui... perbelanjaan subsidi gula yang ditanggung oleh kerajaan pada masa kini ialah lebih kurang RM720 juta dan tidak mustahil boleh meningkat ke RM1 billion... oleh sebab itu la kerajaan ter"paksa" menaikan harga ke harga yang mampu di bayar oleh rakyat...maka 0.20sen itu bukanlah sesuatu yang terlalu "mahal"..dan kerajaan amat yakin ia tidak membebankan.... tapi pernahkah terfikir.... gula ini digunakan untuk apa?... makanan apa yang tidak menggunakan gula??... besar ke kecil pengaruh gula ini sebenarnya dalam kehidupan?...



Jikalau ia tidak membebankan pun mungkin kepada orang yang berkemampuan...  tetapi berapa peratuskah rakyat Malaysia yang tergolong di dalam golongan orang yang berkemampuan? berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang tergolong di dalam golongan orang yang berpendapatan sederhana dan "rendah"?....sedangkan taraf kehidupan di Malaysia yang sedia ada sudah cukup tinggi.... Samada kita sedar atau tidak... masih lagi ramai yang diluar sana berpendapatan RM500 sebulan..... bagaimana pula mereka hendak hidup selepas ini? dan sudah semestinya harga gula di kampung pun akan turut sama dijual dengan harga RM2.30 sekilo... mungkin ada yang lebih mahal... (sebab masalah pengangkutan katanya).... dan apabila berlakunya pertambahan kesempitan hidup ini... tidak mustahil masalah sosial juga akan turut sama membangun... kalau dulu remaja yang dikatakan me"ragut" selepas ini jangan terkejut pula... kalau bapak budak pula yang me'ragut"...

Laporan bernama yang mengejutkan hari ini:

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.
“Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Seperti biasa, bila ada kenaikan sesuatu barang... harga tersebut mesti di bandingkan dengan beberapa negara yang lain.... biarlah negara mereka menjual gula dengan harga yang lebih mahal... negara mereka tidak mengutamakan rakyat...  tetapi di Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian di Utamakan.... tetapi kini kita hendak bersaing dengan mereka pula....mana perginya slogan yang selalu kita sebut-sebutkan?... tanya lah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura... berapa pendapatan tahunan mereka?... adakah sama seperti bekerja di Malaysia ?

Di Malaysia ada 4 syarikat yang memegang lesen mengimport gula... kenapa lesen ini tidak diberikan lebih banyak.... mungkin kalau ada banyak syarikat yang mengimport gula... harga gula boleh berada ditahap yang lebih baik untuk dipertandingkan...betul atau tidak??? Anda semua fikir-fikirkanlah sendiri....

NotaKaki : Harap-harap selepas ini adalah pengumuman gaji akan di naikan.... jangan asyik duk dengar harga runcit je di naikan......dan semestinya selepas ini... banyak akan naik poster-poster kempen kurangkan gula.... hidup anda pasti sihat!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: