Tuesday 17 May 2011

Stadium Baru di Pasir Puteh hadiah untuk penyokong setia Kelantan....

Baru-baru ini sempat juga Kapten Mat menyaksikan perlawanan separuh akhir ke 2 antara Kelantan menentang Selangor...  Aksi perlawanan ini agak berat sebelah pada pandangan mata KM dimana Kelantan menguasai sepenuhnya permainan pada malam tersebut... Cuma beberapa peluang yang sepatutnya gol gagal diterjemahkan oleh beberapa penyerang Kelantan... yang akhirnya keputusan berkesudahan seri 1-1 dan dikira mengikut agregat 6-2 yang memihak kepada Kelantan... 

dengan keputusan ini mengesahkan bahawa perlawanan akhir Piala FA 2011 adalah diantara Kelantan dan jiran sebelahnya Terengganu.... Mengikut daripada beberapa sumber media tempatan hari ini, FAM bakal menggunakan Stadium Shah Alam sebagai Tuan Rumah Perlawanan Akhir... Tapi bagi pandangan Kapten Mat lebih baik perlawanan itu di jalankan di Stadium Mereka sendiri... buatlah pilihan samada hendak bermain di Kelantan ataupun di Terengganu... tidaklah para penyokong kedua-dua pasukan mengeluarkan belanja yang terlalu banyak... bukan senang nak ke Selangor... jauh perjalanan mereka tu... dan macam-macam juga boleh berlaku...


Jarang-jarang sekali juga KM dapat tengok perlawanan bolasepak pasukan Kelantan dihadiri oleh YAB Menteri Besar mereka... tetapi pada perlawanan Piala FA Separuh Akhir ke 2 baru-baru ini YAB Tuan Guru Nik Aziz hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan... walaupun hadir agak lewat selepas solat Isyak tetapi kehadirannya di jangka mampu memberi sinar baru kepada peminat bolasepak Kelantan... disitu beliau dapat menyaksikan sendiri... bagaimana stadium penuh sesak tidak kira samada di dalam stadium mahupun diluar stadium... inilah kegilaan rakyat Kelantan pada masa kini...bolasepak adalah kebangaan mereka...

Maka pada hari ini YAB TGNA telah membuat satu pengumuman penting kepada seluruh rakyat negeri Kelantan terutamanya peminat-peminat bolasepak,  di mana Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk membina kompleks sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh... pengumuman ini dibuat semasa sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini (18 Mei 2011).. berikut adalah kenyataan rasmi bertulis yang KM dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.  Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.
 YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

Sesuatu yang KM  amat tertarik dengan cadangan YAB TGNA ini adalah berkaitan dengan kemudahan masjid yang akan dibina di dalam komplek sukan ini.. memang tidak dapat di nafikan...masalah yang paling besar semasa kita menyaksikan perlawanan bolasepak ini ialah ruangan solat... bayangkanlah... ruangan solat yang kecil dan tidak selasa itu akan digunakan mungkin oleh belasan ribu penonton... bagaimana jadinya...(berebut-rebut)... dan kebanyakkan penonton akan menunaikan solat mereka hanya pada waktu rehat separuh masa....jadi kalaulah ada stadium yang mampu mewujudkan satu ruangan solat yang baik seperti masjid... KM rasa sudah pasti ramai penonton akan membanjiri stadium tersebut...

Walau apa pun di kesempatan ini KM ingin mengucapkan Taniah! Kepada Pasukan Kelantan dan Terengganu kerana layak ke perlawanan akhir Piala FA dan KM mendoakan semoga apa yang dicadangkan oleh YAB TGNA itu menjadi kenyataan dan akan dicontohi oleh lain-lain negeri pula...

NotaKaki : Lama sudah tak tengok pasukan Perak layak ke perlawanan Akhir Piala FA...  bila agaknya dapat menyaksikannya kembali.....

KM = Kapten Mat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: