Monday 16 May 2011

"Hadiah" Istimewa Sempena Sambutan Hari Guru 2011


Setiap 16 Mei adalah sambutan hari guru di seluruh Malaysia... pada hari ini seluruh anak murid akan mengucapkan kata-kata ucapan/ penghargaan kepada guru sebagai tanda terima kasih mereka kepada jasa dan pengorbanan yang telah guru berikan... 

Ia seperti adat masyarakat Malaysia... apabila tiba sambutan hari guru... maka penuhlah mereka semua di kedai-kedai cenderhati... berebutlah anak-anak murid ini untuk membelikan hadiah kepada guru yang mereka sayangi... bagi guru-guru yang baru bertugas.. pada ketika ini mereka merasakan amat gembira... kerana mereka dihargai...dan diberikan hadiah... tetapi bagi “sesetengah” guru yang agak senior.... ia adalah pekara biasa yang akan berlaku setiap 16 Mei... malah ada diantara guru ini sudah tidak merasakan ‘keraian hari guru ini’... ialah berapa sangat agaknya nilai hadiah yang diberikan oleh anak murid mereka....

Tapi pada sambutan hari guru pada kali ini... ia amat berbeza sekali... kalau dahulunya... guru-guru kelas atau guru-guru yang mengajar matapelajaran sahaja yang diberikan hadiah... tetapi pada kali ini Pengetua  dan Guru Besar menerima ‘hadiah’ yang paling istimewa... YAB PM mengumumkan... pertambahan kuota gred jawatan Pengetua dan Guru Besar di perluaskan.... kalau mengikut kaedah skim kenaikan pangkat yang lepas... guru-guru yang berkhidmat selama 25 tahun hanya akan berpencen dengan gred DG 48... kini peluang itu dibuka sehingga boleh menikmati pencen dengan gred DG 54 dalam masa 25 tahun servis perkhidmatan.... 

Pengetua sekolah menengah yang kini DG 48 akan dinaikan pangkat ke DG 52 manakala Penolong kanan Pentadbiran dan Kokurikulum yang dahulunya DG 44 dinaikan ke DG 48 mulai 1 Januari 2011... ini semua adalah dari penyelarasan kenaikan pangkat yang baru bagi perkhidmatan perguruan...  

Gred JUSA C juga ditambah kepada 100% untuk  skim pegawai perkhidmatan pendidikan.. ini membolehkan guru memengang jawatan tertinggi kerajaan tanpa perlu terlibat di dalam bidang Pengurusan...
Inilah sebenarnya ‘hadiah’ yang dinanti-nantikan oleh semua guru... peluang kenaikan pangkat di kaji semula tanpa ‘timebase’ yang sedia ada... dan diharap dengan ‘hadiah’ yang telah diberikan ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti dan kecemerlangan murid yang akan dihasilkan nanti... dan tidak ada lagi guru yang akan menjalankan tanggungjawabnya sambil lewa sahaja... ingatlah bahawa masa depan Malaysia sebenarnya terletak di bahu guru...

SELAMAT HARI GURU untuk semua golongan pendidik di Malaysia...

NotaKakiKM: Selamat hari guru untuk semua yang telah banyak mendidik Kapten Mat sebelum ini... tidak lupa juga kepada mereka yang tidak memegang jawatan sebagai guru tetapi merupakan pendidik tetap Kapten Mat iaitu kedua ibubapa yang disayangi, tidak pernah jemu mendidik kapten Mat sehingga kini.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: