Tuesday 3 May 2011

Osama dikuburkan di tengah laut??

Hari ini kesihatan Kapten Mat agak kurang baik sikit... dan dalam masa menunggu giliran di klinik sempat jugak lah Kapten Mat belek-belek surat khabar hari ini... terkejut juga bila baca katanya Osama telah selamat di kuburkan di laut?... ehhh bila masa pulak dia mati?... mengapa laut jadi tanah perkuburannya?... bab-bab laut ni memang Kapten Mat suka... ::::

Tentera gerak khas Amerika yakin bahawa yang terbunuh di dalam serangan di rumah Abbottabad, Pakistan semalam adalah Osama bin Laden. Turut terbunuh di dalam serangan itu ialah anak Osama, seorang wanita dan 2 lelaki yang tidak di kenali... menurut laporan Presiden Barack Obama telah membuat pegumuman kematian Osama melalui stesen televisyen ke seluruh dunia dan menyifatkan "keadilan akhirnya di tegakkan". Menurut laporan media juga bahawa serangan itu berlangsung selama 40 minit dan Osama memberikan tentangan yang sangat hebat...


Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah."

Mengikut laporan stesen tv Al Jazeera mayat Osama telah di kebumikan di tengah laut dan ia disahkan oleh media AS yang memetik kenyataan Pegawai di Washington , "bertujuan untuk mengelakan kuburnya menjadi tempat pemujaan bagi golongan ekstrem"... Pentagon juga menjelaskan bahawa mayat Osama telah dimandikan dan di kafankan mengikut prosedur Islam...

tapi yang peliknya mengapa dasar laut yang dipilih? ... mengapa tidak dikebumikan di suatu tempat yang rahsia?... semua persoalan ini menjadi tanda tanya?... Oo... AS beranggapan bahawa laut itu luas... susah orang nak cari ataupun terpengaruh dengan cerita Filem... kebumikan ditempat yang beku.. Osama inikan pengganas yang paling merbahaya.... Ataupun yang sebenarnya memang tiada mayat Osama... ini hanya cerita rekaan sahaja... kalaulah ia di kebumikan di atas tanah... nanti ada ahli keluarga atau orang peseorangan mahu menuntut mayat itu... hendak di korek semula dan dibuktikan adakah mayat itu sah Osama bin Laden...

Ramai ulama Islam agak marah dengan keadaan ini... mereka juga mahu jenazah Osama di kebumikan seperti orang biasa serta ia di sembahyangkan... Menurut laporan Mufti Besar Dubai Muhammad al-Qubasi berkata "jikalaupun mayat ini tidak mahu diterima oleh keluarga, ia mudah sahaja... buatkan satu liang sama ada di satu pulau, sembahyangkan dan kebumikannya".


kalau diikutkan juga.. ramai pemgamal media tidak yakin dengan laporan ini.. mereka takut ini adalah gimik politik Obama sahaja... mana tidaknya.. baru-baru ini Jutawan AS Donald Trumph memberi isyarat bahawa beliau mungkin akan bertanding jawatan Presiden AS... kalau Obama tidak melakukan sesuatu bagaimana ia boleh mendapat sokongan yang tinggi.... Ada juga laporan yang mengatakan.. gambar yang dikeluarkan oleh Tentera AS yang disiarkan oleh sebuah syarikat TV masih lagi tidak sahih kerana kedudukan gambar mayat Osama itu sama dengan kedudukan gambar yang sedia ada... adakah ini teknik 'super impose"....

 Ramai lagi masyarakat yang tidak percaya akan laporan ini dan mereka yakin Osama masih lagi hidup... Sehingga kini tidak ada bukti-bukti yang dikeluarkan oleh AS sebagai bukti kematian Osama... tiada pun 1 gambar yang sahih menunjukan bahawa Osama telah meninggal dunia... 

(Sumber : Akhbar tempatan Malaysia , Yahoo dan CNN News)...

1 comments:

Dr shaja said...

bile Dfikirkan rase macam cite transfomer..optimus prime kan Dkebumikan dalam laut..renung2 kan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: