Tuesday 7 June 2011

"Anda Tidak Perlu Ke Sekolah Bisnes Untuk Memahami Mengapa Takrif Elektrik Perlu Dinaikan..."


anda tidak perlu ke sekolah bisnes untuk memahami mengapa takrif elektrik perlu di naikan..” kenyataan pada salah satu status Facebook yang Kapten Mat pernah baca... sebenarnya sudah agak lama cerita ini... Cuma KM takde kesempatan untuk menulis.. terlalu sibuk dengan tugas-tugas hakiki yang perlu dilaksanakan... hari ini bila ada keluangan masa seperti ini... teringat balik akan kenyataan diatas...
 Kenyataan ini berkait rapat dengan isu kenaikan tarif elektrik yang berkuatkuasa 1 Jun yang lalu sebanyak 7% atau dengan lebih tepat lagi 2.23 sen/kwj menjadi 33.54 sen/kwj berbanding harga sebelum ini 31.31 sen/kwj. Kenaikan ini adalah hasil pelarasan harga gas kepada RM 13.70/MMBtu daripada RM10.70/MMBtu. Walaubagaimanapun dijangka hampir lebih kurang 75% pengguna  atau 4.4 juta pengguna domestik tidak akan terjejas akibat kenaikan ini kerana menggunakan tenaga eletrik kurang daripada 300 kwj sebulan. Ini bermakna mereka yang menggunakan lebih dari 300 kwj atau lebih dari RM78.00 harga bil sebulan akan menerima kesan kenaikan ini. Ialah sekarang ini baru awal bulan... masih belum lagi menerima bil TNB yang baru... bila sudah sampai masanya nanti... jangan pulak ada yang sampai pengsan ,sudah la...

Tuesday 24 May 2011

RON95 bakal dinaikan 20sen mulai bulan hadapan?


Harga minyak RON95 bakal dinaikan sebanyak 20 sen seliter mulai bulan hadapan daripada RM1.90 seliter ke RM2.10 seliter. Ini adalah kemungkinan yang bakal berlaku kesan daripada kenaikan harga minyak semasa dunia sekarang. Pada masa kini harga minyak dunia dijual dengan harga US$99 per barrel. Ini lah kenyataan yang dikeluarkan oleh AmResearch yang telah dipaparkan oleh berita Yahoo!.

Mengikut laporan yang telah dikeluarkan juga, harga minyak semasa di Malaysia bagi RON95 tanpa subsidi ialah RM2.80 seliter. Ini bermakna pihak kerajaan telah menanggung hampir lebih kurang 90sen subsidi minyak. Pengumuman samada kenaikan harga minyak ini akan berlaku atau tidak akan diumumkan pada minggu hadapan (hujung bulan) selepas mendapat nilai harga minyak semasa yang sebenar.

Tuesday 17 May 2011

Stadium Baru di Pasir Puteh hadiah untuk penyokong setia Kelantan....

Baru-baru ini sempat juga Kapten Mat menyaksikan perlawanan separuh akhir ke 2 antara Kelantan menentang Selangor...  Aksi perlawanan ini agak berat sebelah pada pandangan mata KM dimana Kelantan menguasai sepenuhnya permainan pada malam tersebut... Cuma beberapa peluang yang sepatutnya gol gagal diterjemahkan oleh beberapa penyerang Kelantan... yang akhirnya keputusan berkesudahan seri 1-1 dan dikira mengikut agregat 6-2 yang memihak kepada Kelantan... 

dengan keputusan ini mengesahkan bahawa perlawanan akhir Piala FA 2011 adalah diantara Kelantan dan jiran sebelahnya Terengganu.... Mengikut daripada beberapa sumber media tempatan hari ini, FAM bakal menggunakan Stadium Shah Alam sebagai Tuan Rumah Perlawanan Akhir... Tapi bagi pandangan Kapten Mat lebih baik perlawanan itu di jalankan di Stadium Mereka sendiri... buatlah pilihan samada hendak bermain di Kelantan ataupun di Terengganu... tidaklah para penyokong kedua-dua pasukan mengeluarkan belanja yang terlalu banyak... bukan senang nak ke Selangor... jauh perjalanan mereka tu... dan macam-macam juga boleh berlaku...

Tiada lagi Astro biasa... semuanya B.yond selepas ini?????

Hari ini kotak astro Kapten Mat dah bertukar ke warna hitam.. ini semua gara-gara kebijaksanaan agen astro b.yond memanipulasikan kotak pemikiran isteri Kapten Mat.. mentang-mentanglah beliau kerja di tempat yang sibuk, tak sempat nak berfikir... senang saje mereka nak memperdayakan isteri Kapten Mat...

Baru-baru ini isteri KM dapat panggilan dari seorang wanita yang mengaku beliau dari astro... beliau dengan yakin dan jelas mengatakan bahawa astro milik Puan (isteri KM) akan di tamatkan perkhidmatan tidak lama lagi... oleh sebab itu Puan di minta untuk menukarkannya ke astro b.yond..Pemasangannya PERCUMA dan hanya perlu membuat pembayaran tambahan sebanyak RM20.00 selama setahun... dan Puan akan dapat tambahan 12 siaran HD mengikut pakej yang Puan gunakan... “ehhh... Pakej HD... bukan ke nak tengok HD itu kena menggunakan TV yang ada HDMI atau Full HD (LCD @ Plasma TV lah).. TV saya biasa aje... bukan LCD @ Plasma... buat apa saya hendak amik pakej HD”.. jawab isteri KM dalam keadaan kelam kabut, kerja banyak... “Iya Puan... nak tengok HD memang menggunakan TV seperti yang Puan cakap... tapi apa boleh buat... kalau Puan tak guna b.yond nanti Puan takde astro ... sebab astro  nak tukarkan semua penggunaan biasa ke B.yond”... balas agen itu lagi... Oleh kerana pada masa itu isteri KM terlalu sibuk... maka beliau pun bersetujulah... iyelah.. selama ini bil astro KM yang bayar.... dan KM juga yang akan terpacak depan TV tu tengok EPL setiap sabtu dan ahad... nanti kalau takde astro.. ke kedai mamak la KM melepak... tak duduk rumah la jawabnya sabtu dan ahad... sebab itulah mungkin isteri KM setuju ngan agen tu... beliau taknak KM tengok bola kat luar....

Monday 16 May 2011

"Hadiah" Istimewa Sempena Sambutan Hari Guru 2011


Setiap 16 Mei adalah sambutan hari guru di seluruh Malaysia... pada hari ini seluruh anak murid akan mengucapkan kata-kata ucapan/ penghargaan kepada guru sebagai tanda terima kasih mereka kepada jasa dan pengorbanan yang telah guru berikan... 

Ia seperti adat masyarakat Malaysia... apabila tiba sambutan hari guru... maka penuhlah mereka semua di kedai-kedai cenderhati... berebutlah anak-anak murid ini untuk membelikan hadiah kepada guru yang mereka sayangi... bagi guru-guru yang baru bertugas.. pada ketika ini mereka merasakan amat gembira... kerana mereka dihargai...dan diberikan hadiah... tetapi bagi “sesetengah” guru yang agak senior.... ia adalah pekara biasa yang akan berlaku setiap 16 Mei... malah ada diantara guru ini sudah tidak merasakan ‘keraian hari guru ini’... ialah berapa sangat agaknya nilai hadiah yang diberikan oleh anak murid mereka....

Monday 9 May 2011

Harga Runcit Gula dinaikan 0.20sen Sekilogram mulai 10 Mei 2011

Selang beberapa hari selepas RON 97 di naikan sebanyak 0.20 sen.... mulai esok (10 Mei 2011) harga gula pula akan dinaikan 0.20sen.... dari RM2.10 ke RM2.30... kalau masa minyak naik... mungkin bukan semua orang menggunakan RON97.... banyak lagi kenderaan yang gunakan RON95...sebab itula mungkin ramai yang tidak kisah... tapi bila sebut soal gula... semua orang guna gula yang sama... tidak ada kedai/orang di dalam Malaysia ini bancuh air menggunakan gula-gula.. kapten Mat yakin kenaikan harga gula ini akan turut mendorong beberapa harga barang terutamanya barang makanan akan naik....jangan terkejut pulak... pagi-pagi esok Teh Tarik akan mula di jual dengan harga RM1.80 segelas kecil....

Kalau diikut dari beberapa sumber yang Kapten Mat temui... perbelanjaan subsidi gula yang ditanggung oleh kerajaan pada masa kini ialah lebih kurang RM720 juta dan tidak mustahil boleh meningkat ke RM1 billion... oleh sebab itu la kerajaan ter"paksa" menaikan harga ke harga yang mampu di bayar oleh rakyat...maka 0.20sen itu bukanlah sesuatu yang terlalu "mahal"..dan kerajaan amat yakin ia tidak membebankan.... tapi pernahkah terfikir.... gula ini digunakan untuk apa?... makanan apa yang tidak menggunakan gula??... besar ke kecil pengaruh gula ini sebenarnya dalam kehidupan?...

Sunday 8 May 2011

Konsep Penilaian 360 Darjah ganti PTK....

Prestasi kakitangan awam turut dinilai rakan sejawat

PUTRAJAYA: Mulai 1 Julai depan prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.
Syuhada Choo Abdullah
Berita Harian.

Penilaian ini akan digunakan untuk menilai tahap pretasi hampir 1.2 juta kakitangan awam pada masa sekarang. Mengikut laporan berita tersebut juga, penilaian ini masih tidak diberikan nama yang khusus.

Saturday 7 May 2011

There's the F1 Race and The Great ChurpChurp Race! I want more KMs! #Churp2Race

There's the F1 Race and The Great ChurpChurp Race! I want more KMs! #Churp2Race

NotaKaki : Kapten Mat takde post baru nak kongsi ngan korang... skang ni kongsi kempen terbaru Kapten Mat je la.... ChurpChurp Race!... ntah la nak main macamana pon Kapten Mat tak tahu.... saje je nak kempen...

Friday 6 May 2011

Sambutan Hari Ibu Haram???

Boring2 lepas habis tengok hoki Malaysia lwn Australia... terkejar-kejar Kapten Mat dan kawan-kawan ke kedai mamak di sebelah pasaraya  (Biru merah) terbesar di Ipoh ni...  kering tekak tadi agaknya... asyik duduk menjerit je.... agak best jugaklah perlawanan hoki hari ni... walaupun Malaysia kalah game tadi (dan walaupun Kapten Mat tak minat hoki sebenarnya...) Sambil minum kopi ‘o’ ais, sekali sekala tangan kanan ni cubit jugaklah roti nan chese ni... sedap Ooo... sambil jeling-jeling ke tv... manalah tau kot2 mamak ni bukak Maharajalawak... (macamana hari ini boleh tersesat nak pergi tengok hoki)....

Sambil-sambil makan tu... kami 4 sekawan pon sembang-sembang kosong la... lepas tu mula berubah ke topik yang agak mencabar minda.... boleh pulak tetiba ada seorang kawan ni, tanya pandangan Kapten Mat mengenai Sambutan Hari Ibu...  Haa!!... apasalahnya hari ibu ni?... ada sesuatu yang tak kena ke?.... cecite.. cecite.. Kapten Mat nak dengar.... 

Wednesday 4 May 2011

Minyak RON 97 naik RM 2.90 mulai hari ini....

Menurut satu laporan dari Malaysiakini.com, minyak RON97 dinaikan 20sen dari kadar RM2.70 ke RM2.90 seliter mulai 5 Mei 2011.. kenaikan ini adalah yang tertinggi semenjak RON97 di perkenalkan. Tetapi kadar harga bagi minyak RON95 masih kekal seperti biasa...berikut adalah graf kenaikan minyak yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.com
Berdasarkan pada graf ini, ini adalah kenaikan kali 3 sebanyak 20 sen dalam tempoh setengah tahun, dan ia tidak mustahil akan meningkat ke satu harga yang lebih tinggi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: