Friday 6 May 2011

Sambutan Hari Ibu Haram???

Boring2 lepas habis tengok hoki Malaysia lwn Australia... terkejar-kejar Kapten Mat dan kawan-kawan ke kedai mamak di sebelah pasaraya  (Biru merah) terbesar di Ipoh ni...  kering tekak tadi agaknya... asyik duduk menjerit je.... agak best jugaklah perlawanan hoki hari ni... walaupun Malaysia kalah game tadi (dan walaupun Kapten Mat tak minat hoki sebenarnya...) Sambil minum kopi ‘o’ ais, sekali sekala tangan kanan ni cubit jugaklah roti nan chese ni... sedap Ooo... sambil jeling-jeling ke tv... manalah tau kot2 mamak ni bukak Maharajalawak... (macamana hari ini boleh tersesat nak pergi tengok hoki)....

Sambil-sambil makan tu... kami 4 sekawan pon sembang-sembang kosong la... lepas tu mula berubah ke topik yang agak mencabar minda.... boleh pulak tetiba ada seorang kawan ni, tanya pandangan Kapten Mat mengenai Sambutan Hari Ibu...  Haa!!... apasalahnya hari ibu ni?... ada sesuatu yang tak kena ke?.... cecite.. cecite.. Kapten Mat nak dengar.... 


katanya ada seorang sahabat dia cakap bahawa sambutan Hari Ibu ini haram? Kerana sejarah hari ibu ini adalah upacara orang bukan islam sebenarnya... kita ni yang terikut-ikut... cakapnya lagi Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah berkata
Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.
Dan kalau kita baca dalam wikipedia , ia memberitahu bahawa  “Masyarakat Greek kuno memanggil hari ibu ini sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan bagi masyarakat Roman kuno pula meraikan hari matronalia (Hari ibu dalam bahasa diorg) sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.” Ha!!!.... jadi sebab itulah sahabat kepada kawan Kapten Mat ini berani cakap yang sambutan hari ibu ini haram... diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam
Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Diungkitkannya juga ia sama seperti sambutan April Fool.. apabila ia sebenarnya mula diraikan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol... sebab itulah kita tidak boleh raikan april fool... dan kawan kapten Mat ini juga setuju dengan sahabatnya dan ia mengatakan tidak sepatutnya ada hari-hari tertentu untuk kita sambut hari ibu... sepatutnya hari-hari kita kena sambut hari ibu...

Terkedu juga Kapten Mat dengar semua ni... tapi macam biasalah Kapten Mat kan tenang sepanjang masa.... sambil sedut asap rokok kotak merah ni.... kepala otak ni pon berkerutlah... memikiorkan apa yang kapten Mat nak kata.... susah juga ni... bila sebut bab halal dan haram ni... sebab tulah poco-poco pon boleh dijadikan isu...

Bagi kapten Mat ada betulnya juga apa yang dihujahkan oleh kawan Kapten Mat ni.. kita perlu kaji sesuatu pekara itu... kalau boleh kajilah ia sedalam-dalamnya... itu sebab kapten Mat suka kawan ngan diorg... memang betul sepatutnya kita tidak letakan mana-mana hari pun untuk kita sambut hari ibu... bukan ke lebih elok kalau kita hari-hari sambut hari ibu... tapi adakah kita selalu ingat pada ibu kita?...kapten Mat yakin... tidak semua orang hari-hari akan ingat ibunya... tambah-tambah pula yang dah ada keluarga sendiri... ataupun yang berkerjaya.... tapi yang pasti... kalau kita sakit... kalau kita ditimpa kesulitan.. pasti ibu kitalah orang yang pertama kita akan ingat (semestinya Allah adalah yang pertama kita akan ingat bila kita susah.. tetapi yang kapten Mat maksudkan disini adalah orang... kompem ibu kitalah orang yang pertama itu..) tapi bila kita senang?.... bila kita dapat duit?... bila kita dapat sanjugan/perhargaan/penghormatan?.... adakah ibu kita orang yang pertama akan kita ingat?.... sekali lagi kapten Mat yakin tidak semua... 

Adakalanya kita ini sibuk dengan kehidupan kita sendiri... sibuk dengan kerja... sibuk dengan rumahtangga... kita kiralah sendiri.... berapa kali kita akan menghubungi ibu dan ayah kita di kampung dalam sebulan... tanya khabar?... meluahkan perasaan macam dulu-dulu semasa kita masih kanak-kanak atau remaja... itu belum kita kira berapa kali kita pulang ke kampung ziarah mereka?... jangan kita kira sebulan...kita kira dalam setahun...bukan sahaja orang jauh yang jarang pulang menziarah ibu dan bapa mereka... yang dekat pun jarang nak balik... tambah-tambah pula di rumah ada siaran tv yang pakai ‘kuali’ di kampung takde... lagi la payah... 

Dan kalau kita telefon pon apa yang akan kita cakap... “Mak bulan ni roadtax kereta nak mati lah... xcukup duit nak kirimkan kat mak”.... “Mak... gaji saya kena potonglah bulan ni... mak boleh bagi pinjamkan duit sikit tak”... mungkin takde satu pun ayat kita itu yang boleh membuatkan ibu kita tersenyum..tapi bila tibanya hari yang dikatakan sebagai hari ibu ini... mesti ramai yang teringatkan ibu di kampung... ramai juga yang akan call... dan akan mesej... cakap.. ‘Mak...selamat Hari Ibu mak.... terima kasih kerana telah membesarkan saya’ ...  ‘Mak saya sayang Mak.... selamat hari ibu Mak’.... habis semua kedai kad di selongkar... cari kad-kad ucapan yang ada kata-kata manis... yang ada maksud yang mendalam... kalau boleh nak beli yang paling besar... biar posman hantar guna lori... kasi satu kampung tahu yang anaknya ini sangat sayang kat ibunya... Kapten Mat yakin ibu kita pasti tersenyum... malah mungkin ada yang akan menitiskan airmata... seronok... gembira apabila mendengar atau membaca kata-kata sanjungan ini yang disampaikan oleh anaknya sendiri... tidak terlawan kegembiraan ini dengan RM5000 yang kita hantar kepada mereka sebelum ini...

Dan pada hari yang dikatakan hari ibu ini jugalah , kita akan dapat lihat anak-anak yang menjadi kreatif memikirkan bagaimana hendak meraikan atau menghargai jasa ibu sebelum ini... pastinya ada yang akan bawa ibu bersiar-siar... masak menu-menu yang istimewa.. habiskan masa bersama ibu... semuanya pasti dengan satu niat... hendak menghargai dan memberikan sedikit kegembiraan kepada ibu mereka...

Jadi adakah sambutan hari ibu ini tidak memberikan kebaikan kepada kita?... adakah ia memberikan kesan yang negatif ke atas hubungan ibu dan anak itu? Kalau kita lihat balik kata-kata Dr Yusuf pon hari ibu ini mengajarkan sesuatu yang baik kepada remaja barat supaya timbul rasa kasih dan sayang kepada ibu mereka...bagaimana pula dengan adik-adik remaja di negara kita? Kuat sangatkah kasih sayang dan perasaan hormat kita kepada orang tua?

 kalaulah kita dapat lihat, sesuatu perbuatan atau perkataan yang mampu membuatkan ibu kita tersenyum gembira... pasti kita akan mengulanginya... dan kalaulah perbuatan itu atau perkataan itu terkeluar semasa sambutan hari ibu pada tahun ini, Kapten Mat pasti dan yakin kita akan mengulanginya... bukan sahaja pada bulan Mei... malah akan berjangkit ke bulan Jun, Julai, Ogos dan seterusnya... sehinggalah kita sendiri tidak ingat bila agaknya sambutan hari ibu itu akan di sambut...

Ingatlah kalau kita mampu mengembirakan hati ibu kita walaupun sesaat sudah pastinya kita akan mendapat ganjarannya... Insya Allah...

Apa-apa pun terpulanglah kepada anda...Kapten Mat hanya melahirkan pendapat Kapten Mat sahaja... yang lain... fikir-fikirkanlah sendiri..

(P/S: dah menjadi sebahagian dari adat orang melayu... kalaulah sesuatu pekara itu yang tidak pernah kita lakukan... tetiba kita lakukannya hari-hari... pasti perkataan ini akan terkeluar... “Hang ni dah buang tebiat ke?”..)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: