Tuesday 24 May 2011

RON95 bakal dinaikan 20sen mulai bulan hadapan?


Harga minyak RON95 bakal dinaikan sebanyak 20 sen seliter mulai bulan hadapan daripada RM1.90 seliter ke RM2.10 seliter. Ini adalah kemungkinan yang bakal berlaku kesan daripada kenaikan harga minyak semasa dunia sekarang. Pada masa kini harga minyak dunia dijual dengan harga US$99 per barrel. Ini lah kenyataan yang dikeluarkan oleh AmResearch yang telah dipaparkan oleh berita Yahoo!.

Mengikut laporan yang telah dikeluarkan juga, harga minyak semasa di Malaysia bagi RON95 tanpa subsidi ialah RM2.80 seliter. Ini bermakna pihak kerajaan telah menanggung hampir lebih kurang 90sen subsidi minyak. Pengumuman samada kenaikan harga minyak ini akan berlaku atau tidak akan diumumkan pada minggu hadapan (hujung bulan) selepas mendapat nilai harga minyak semasa yang sebenar.


Jikalau kenaikan ini berlaku bermakna 3 kenaikan harga barang telah berlaku dalam masa 2 bulan. Iaitu yang pertama kenaikan RON97 sebanyak 20sen, kemudian gula juga sebanyak 20sen dan kini RON95 juga bakal dinaikan dengan nilai 20sen dan tidak mustahil kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan harga gas akan dikaji semula.

Gula dan minyak ini adalah 2 komponen utama dalam kehidupan seharian kita sebenarnya. Gula digunakan dalam proses pemakanan  manakala minyak pula digunakan proses pengangkutan seharian kita. Di Malaysia tidak sama seperti negara besar Asia yang lain seperti China, Korea dan Jepun. Rakyat mereka lebih gemar ke tempat kerja dengan berbasikal ataupun menaiki kemudahan awam seperti bas dan keretapi laju. Di Malaysia rakyat lebih gemar menaiki kenderaan sendiri sekurang2nya sebuah motorsikal. Bukan kerana masyarakat kita riak dengan kemampuan masing-masing tetapi kekadang kita “bosan” dengan kualiti kemudahan awam yang ditawarkan. Sama sekali tidak sama dengan nilai yang kita bayar.

KM yakin bahawa kenaikan harga minyak RON95 yang bakal berlaku ini akan memberi kesan terhadap perbelanjaan seharian kita selepas kenaikan harga gula. Dan tidak mustahil juga harga barangan lain akan turut naik dan kita harus bersedia bahawa sampai satu tahap nanti “darah” kita juga akan naik.

NotaKakiKM : kalau sebelum ini banyak kempen jimat/kurangkan gula... kini jangan terkejut kalau ada kempen “jimatkan petrol” kenderaan anda pasti selamat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: