Monday 2 May 2011

Persidangan Blogger Sedunia di PWTC

Mengikut laporan berita Harian Metro hari ini akan ada satu persidangan blogger sedunia yang akan berlangsung di PWTC 15 Jun ini..  Ucaptama persidangan tersebut akan di sempurnakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga merupakan penulis blog.

Persidangan ini diberi nama "World Blogger and Social Media Summit 2011" yang akan diadakan selama 2 hari anjuran My Events International Sdn Bhd dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial seluruh dunia untuk membincangkan hal berkaitan dunia Internet dan Blog.


Penghimpunan blogger pada kali ini adalah penghimpunan kali kedua yang diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lalu.. Menurut laporan berita tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif My Event berkata , acara ini akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelak dari berlakunya sebarang kontroversi.. Beliau juga berkata pekara ini diberi tekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bahawa penulis blog bebas menyuarakan pendapat masing-masing tetapi perlu ada garis panduan yang mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas.
Dan dari platform ini juga akan memberi peluang kepada penulis-penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter...

Apa Kata Kapten Mat :

Baguslah kalau ada satu platform untuk kita membincangkan sesuatu yang baik untuk kita gunakan di dalam penulisan blog. Tetapi harus juga di ingat bahawa jikalau sudah terlalu banyak garis panduan yang perlu di patuhi maka sebenarnya dalam kita tidak sedar kebebasan seseorang penulis itu telah di sekat... blog ini kalau hendak diikutkan sudah agak lama sebenarnya di perkenalkan... tetapi di negara kita hanya dalam (3-4 tahun) 5-6 tahun kebelangkangan ini ia agak popular... itu pun pada dasarnya adalah dari anak2 muda... yang mempunyai idea atau pendapat yang tidak dapat diluahkan kepada umum kerana tiada platform itu disediakan di negara kita.. Oleh itulah mereka memilih media ini untuk digunakan sebagai tempat meluahkan perasaan, idea dan sebagainya... ia agak berbeza kalau hendak di bandingkan dengan negara luar... kerana di sana anak2 muda atau sesiapa sahaja diberi peluang yang sama untuk meluahkan pendapat mereka tanpa sebarang prosedur pilih kasih....

(Notakaki : yang merisaukan adalah yuran yang bakal dikenakan jikalau kita betul2 berminat untuk menghadiri persidangan ini... ataupun mungkin ada syarat2 untuk kemasukannya nanti... bukan senang nak masuk ke persidangan di PWTC.... )

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: