Saturday 30 April 2011

Kapten Mat Teropong Isu Sumpah Laknat dan Klip Video

Malas sebenarnya Kapten Mat nak menulis tentang isu klip video dan sumpah laknat yang diheboh2kan baru2 ni... bukan kerana isu ini isu sensitif ataupun politik, tetapi kerana Kapten Mat malu sebenarnya... Kapten Mat pun tak ambil tahu sangat kisah ni... malulah rasanya kalau nak tengok berita dengan anak2... nak beli suratkhabar pon malu... apabila klip2 video ini dipaparkan untuk tontanan umum... susah nak terangkan pada anak2 sebenarnya... tapi hari ini kemana sahaja Kapten Mat pergi , takde isu lain yang di bualkan... semuanya mengenai “sumpah laknat” dan video klip tersebut.. sehinggakan semasa nak mengambil anak dari kelas tuisyen pun masih banyak lagi orang yang berbicara isu itu. Bukan sahaja orang melayu (islam) tetapi juga orang cina dan india....

Terjawab sudah semuanya... Misbun - Lee Chong wei berpisah

Hampir lima bulan status Dato hj Misbun sebagai Jurulatih perseorangan negara akhirnya terjawab juga semalam selepas beliau tidak menerima kontrak baru yang di tawarkan oleh BAM.. macam2 khabar angin yang Kapten Mat dengar mengapa Misbun menolak kontrak baru ini.... masih banyak lagi yang mengatakan bahawa Misbun kecil hati dengan Lee Chong Wei.... betul ke?... apa2 pon jawapan yang sebenarnya hanya Hj Misbun sahaja yang mengetahuinya....
tapi baru2 ini ada media yang memaparkan bahawa hubungan Chong Wei dan Misbun renggang.. spekulasi ini keluar semasa Majlis Anugerah Astro Arena baru2 ini....

Wednesday 27 April 2011

TAK TUNGGU PERBICARAAN - [Ketegasan @ Penganiayaan]

Muka depan surat khabar Berita Harian hari ini terpampang besar2 TAK TUNGGU PERBICARAAN... ha! apa cite ni.... baca punya baca rupa2nya untuk penjawat awam. Nak tau apa cite baca bawah ni artikel yang di ambil dari Berita Harian Online:

Peguam Negara, JPA teliti pindaan pekeliling tatatertib garis tindakan terhadap penjawat awam tak amanah
PUTRAJAYA: Penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa berhadapan tindakan sama ada ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja tanpa menunggu mereka dibicara atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
 Peruntukan untuk tindakan dalaman itu dicadangkan dalam pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ganti kepada hukuman ringan seperti amaran bertulis dan lisan sekarang.

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my

Monday 25 April 2011

Akademi Fantasia 9 tiada Aura!!

Kapten Mat tak lah ikut sangat AF ni.... tapi AF yang sebelum2 ni ada jugak la Kapten Mat tengok. Itu pun sebab isteri suka tengok AF... tp AF kali ini nampak sangat kurang serinya, walaupun Pak Nil dipanggil balik untuk menjadi pengacara masih lagi tidak mampu untuk mengangkat taraf AF musim yang terakhir ni.

Pentas yang digunakan pon tidak nampak seperti konsert, susun atur penonton tidak nampak meriahnya dan juri2 yang dipanggil pon tidak membantu langsung untuk pembangunan pelajar itu sendiri. Apatah lagi dengan pelajar2 kali ini.. tidak nampak satu pon yang boleh pergi jauh seperti AF-AF yang lepas.. Kalau ikutkan promo AF 9 kali ni... nampaknya inilah AF yang paling terbaik sekali... tapi yang penonton/pengundi dapat... tidak seperti apa yang di harapkan...

Wednesday 20 April 2011

Akta Sewa Beli 1967 - Pindaan 2010

Baru-baru ini ada lagi cerita yang kapten dengar pembeli kereta terpakai ditipu oleh penjual apabila mereka mengetahui kereta yang dibelinya adalah kereta potong sambung. Itupun setelah berlaku kemalangan baru tahu.. eehh!!! bukan ke nak beli kereta terpakai wajid di periksa oleh PUSPAKOM... rasanya kita bayar kepada penjual untuk ujian PUSPAKOM.... rata-rata semua penjual kereta terpakai akan cakap begitu... kalau kita tengok betul2 pon kereta terpakai yang kita beli ada sticker PUSPAKOM di cermin.... eerrmmm bila di fikirkan balik ada betulnya jugak, kita tahu ke pemeriksaan apa yang PUSPAKOM buat??... pemeriksaan keseluruhan ke atau pemeriksaan TINTED sahaja???...errmm... tidak ada pon bukti pemeriksaan yang diserahkan penjual kepada pembeli.... ermmmm..... (betul jugak tu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: