Monday 25 April 2011

Akademi Fantasia 9 tiada Aura!!

Kapten Mat tak lah ikut sangat AF ni.... tapi AF yang sebelum2 ni ada jugak la Kapten Mat tengok. Itu pun sebab isteri suka tengok AF... tp AF kali ini nampak sangat kurang serinya, walaupun Pak Nil dipanggil balik untuk menjadi pengacara masih lagi tidak mampu untuk mengangkat taraf AF musim yang terakhir ni.

Pentas yang digunakan pon tidak nampak seperti konsert, susun atur penonton tidak nampak meriahnya dan juri2 yang dipanggil pon tidak membantu langsung untuk pembangunan pelajar itu sendiri. Apatah lagi dengan pelajar2 kali ini.. tidak nampak satu pon yang boleh pergi jauh seperti AF-AF yang lepas.. Kalau ikutkan promo AF 9 kali ni... nampaknya inilah AF yang paling terbaik sekali... tapi yang penonton/pengundi dapat... tidak seperti apa yang di harapkan...

Kalau kita tengok pegetua yang dilantik untuk AF kali ini bukan calang2 orang.... walaupun dah berumur tetapi kalau ada konsertnya pasti ramai yang akan menonton... Kapten Mat pon tak akan ketinggalan... banyak suara2 yang cakap kegagalan AF kali ini adalah kegagalan barisan pemilih (audition) hari tu... tp bagi Kapten Mat sebenarnya bukan sebab silap pilih pelajar.. tp mungkin sebab kekurangan dari teknik atau kaedah pengajaran itu sendiri... mmg kalau di lihat pada kejayaan barisan pengajar itu secara personal semuanya mempunyai kejayaan yang tersendiri... tetapi bagaimana mereka hendak mencurahkannya kepada pelajar.... mmg kita hebat menyanyi.... suara pandai control... tapi bagaimana hendak kita ceritakan pada pelajar supaya mereka dapat apa yang kita cuba sampaikan... mmg la kita pengarah yang hebat... bagitau bagaimana hendak buat persembahan di atas pentas... tp kalau dah diulang berkali2 pelajar masih lagi tidak paham... mesti ada latihan yang boleh di lakukan supaya pelatih cepat faham dan mahir....
maksudnya... tidak semestinya klu dulu kita ajar begini... untuk pelajar2 yang baru ini pun mestilah begini caranya... manusia ni ada macam2 ragam... rambut je sama hitam... hati lain2.....perangai pon juga lain2..

Tetiba pihak penerbit nak buat kelainan skit kali ni... ada pulak Operasi Gugur.... dibuangnya pelajar yang tidak menunjukkan pretasi yang terbaik.... Adakah kriteria penilaian itu di beritahu kepada pelajar?.... apa yang membolehkan pelajar itu di gugurkan?... adakah pelajar itu tidak boleh menyanyi?.. klu mmg tak boleh menyanyi..mcmana mereka boleh terpilih?... Apa yang di katakan sebagai pretasi yang tidak memuaskan?.. ehhh semuanya boleh menjadi persoalan... bagi Kapten Mat... semua pelajar yang dipilih masuk AF , semuanya mmg benar2 hendak menjadi pelajar AF... klu tak... takkan sanggup beratur panjang masa uji bakat.... tapi mungkin mereka ini agak lembat skit semasa proses pembelajaran... lambat pick up la maksudnya.... klu itu la yang di katakan pretasi yang kurang memuaskan... kurang adil la pelajar ini di buang... ini kerana apabila seseorang pelajar itu tidak mampu menguasai sesuatu ilmu.... bukan kesalahan mereka 100%... pengajar juga memainkan peranan yang sama.... kalau pengajar itu tidak tahu untuk mengajar... mcmana pelajar hendak belajar????
macam Kapten Mat cakap tadi.... mana ada di dalam kelas pelajar semua sama pandai... mana ada juga pelajar yang boleh menukarkan teknik belajar mereka hanya dalam masa satu minggu.... bagi Kapten Mat Operasi Gugur yang di lakukan oleh AF baru2 ini seperti menunjukkan kelemahan para pengajar... mereka tidak mampu untuk membentuk pelajar untuk menunjukkan peningkatan setiap minggu.... kalau hendak pelajar2 yang pandai2 dan cepat boleh belajar... amik je lah penyanyi2 yang dah kurang popular skit.... diorg semua dah tentu pernah ada pengalaman... senang skit la nak ajar agaknya....

Harap2... konsert minggu2 yang  mendatang ni.. mampu mengangkat semula kehebatan AF seperti tahun2 yang sebelumnya..... kerana Kapten Mat pasti... masih ramai lagi yang meminati AF ini sebenarnya...

Semua ini adalah pandangan Kapten Mat sahaja secara peribadi... manalah tau.. kot2 ada yang boleh di guna pakai... untuk kebaikan semua juga.... Fikir2 dan renung2kanlah......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: