Saturday 30 April 2011

Terjawab sudah semuanya... Misbun - Lee Chong wei berpisah

Hampir lima bulan status Dato hj Misbun sebagai Jurulatih perseorangan negara akhirnya terjawab juga semalam selepas beliau tidak menerima kontrak baru yang di tawarkan oleh BAM.. macam2 khabar angin yang Kapten Mat dengar mengapa Misbun menolak kontrak baru ini.... masih banyak lagi yang mengatakan bahawa Misbun kecil hati dengan Lee Chong Wei.... betul ke?... apa2 pon jawapan yang sebenarnya hanya Hj Misbun sahaja yang mengetahuinya....
tapi baru2 ini ada media yang memaparkan bahawa hubungan Chong Wei dan Misbun renggang.. spekulasi ini keluar semasa Majlis Anugerah Astro Arena baru2 ini....

Chong Wei tidak memakaikan jaket lagenda pada Misbun dan mereka juga tidak bertegur siapa dan bersalam pada majlis itu.... Alasan Chong Wei bahawa semua ini telah di atur oleh pihak penganjur.. tapi bila di fikirkan balik mustahil juga, semua orang tahu kejayaan Chong Wei sebelum ini adalah hasil usaha keras hj Misbun.. takkan mereka tidak beri penghormatan pada Chong Wei untuk menyarungkan jaket lagenda kepada insan yang telah mengangkat namanya.... ????

Tapi pada pandangan Kapten Mat, elok juga la Hj Misbun tinggalkan BAM... apa yang Kapten Mat nampak sebagai penonton ni, BAM memang macam sudah tidak mahu menerima Misbun lagi... tengok sahajalah kontrak yang di berikan.. semua orang tahu Hj Misbun adalah jurulatih Lee Chong Wei.. tetapi dalam kontrak yang baru, beliau dilantik sebagai jurulatih pelapis bukannya jurulatih Chong Wei... sedangkan sebelum ini semasa hj Misbun meletakan jawatan, banyak media yang mengatakan bahawa alasan Misbun adalah kerana beliau tidak mempunyai kuasa penuh dalam kejurulatihan Chong Wei.. beliau tidak dapat mengunakan sepenuhnya kaedah kejurulatihan beliau kerana terikat dengan sistem latihan BAM.. dan apabila ada campur tangan menteri, BAM tawar semula kontrak pada Misbun tetapi kontrak yang diberikan memperkecilkan jawatan jurulatih Misbun itu yang sebenarnya...
BAM nampak seakan2 terdesak dengan campur tangan menteri dan orang ramai yang mempersoalkan bagaimana Misbun boleh meletak jawatan sedangkan beliau telah membawa sinar kepada sukan badminton di Malaysia... sebab itu la mungkin BAM masih mahu berbincang dengan Misbun...

Kapten Mat juga rasa semasa proses perbincangan Menteri KBS dengan Hj Misbun dan BAM hari itu keputusannya lain... mesti ada beberapa pekara yang dibincangkan itu memberikan sedikit kepuasan kepada Hj Misbun, sebab itulah beliau menarik balik surat perletakan jawatan beliau... tetapi kontrak yang diberikan oleh BAM baru2 ini tidak ada seperti yang telah mereka bincangkan sebab itulah hj Misbun menolak kontrak dan tidak mahu bersama BAM lagi...  dan dari apa yang kita lihat pon rata2 ahli BAM menyalahkan Misbun dalam pekara ini sehingga ada yang mempersoalkan mengapa Misbun bermain dengan kemelut ini begitu lama sehingga memasuki 5 bulan.

Lee Chong Wei pon pada mulanya menunjukan reaksi yang begitu sayang kepada Jurulatihnya sehingga ada kenyataan yang dibuat mahu mengikut jejak langkah Misbun untuk keluar dari BAM.. tp itu hanya berlaku pada bulan Mac.... kini setelah beliau berjaya memenangi All England dan beberapa siri terbuka tanpa Misbun beliau seakan yakin boleh berjaya tanpa Misbun disisi... memang nampak Chong Wei tidak berapa mengambil berat lagi tentang bekas Jurulatihnya ini...

Apa2 pon jawapan yang sebenarnya ada pada BAM dan juga Hj Misbun.. dan Kapten Mat yakin keputusan yang di ambil oleh Misbun ini telah di teliti oleh beliau sedalam2nya... Mustahil orang yang sudah lama dalam arena badminton tidak memikirkan masa depan badminton negara.... kerana dulu beliau sanggup mengerahkan seluruh keringatnya demi untuk menaikan nama Malaysia dipentas badminton dunia... apa2 pon semoga Dato Hj Misbun berjaya di masa hadapan nanti.. Insya Allah....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Info Terkini

keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
Melalui laman web:
Klik Sini

Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

Saya Iklankan





Nuff Ads

Main Menu

Anak Kapal Kapten Mat

Social Share!

kongsi cerita Kapten Mat dengan :

--

Pengumuman!!!

Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

Penaja Rasmi

Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

Online User

Anda Pengunjung Ke: