Wednesday 20 April 2011

Akta Sewa Beli 1967 - Pindaan 2010

Baru-baru ini ada lagi cerita yang kapten dengar pembeli kereta terpakai ditipu oleh penjual apabila mereka mengetahui kereta yang dibelinya adalah kereta potong sambung. Itupun setelah berlaku kemalangan baru tahu.. eehh!!! bukan ke nak beli kereta terpakai wajid di periksa oleh PUSPAKOM... rasanya kita bayar kepada penjual untuk ujian PUSPAKOM.... rata-rata semua penjual kereta terpakai akan cakap begitu... kalau kita tengok betul2 pon kereta terpakai yang kita beli ada sticker PUSPAKOM di cermin.... eerrmmm bila di fikirkan balik ada betulnya jugak, kita tahu ke pemeriksaan apa yang PUSPAKOM buat??... pemeriksaan keseluruhan ke atau pemeriksaan TINTED sahaja???...errmm... tidak ada pon bukti pemeriksaan yang diserahkan penjual kepada pembeli.... ermmmm..... (betul jugak tu)

Jadi aku pon teropong2 la dalam internet... mana lah tau kot2 ada maklumat2 baru yang aku xtahu..... rupa2nya bulan ogos 2010 ada pindaan baru Akta Sewa Beli 1967... penguatkuasaannya bermula Jun 2011... laa..... baru aku tahu.... mengikut pindaan tersebut semua kenderaan (kereta/motor)  terpakai yang hendak di jual, dibaik pulih atau di ubah suai  haruslah di lakukan pemeriksaan secara keseluruhan oleh PUSPAKOM dan salinan keputusan pemeriksaan haruslah di berikan kepada PEMBELI... setelah pembeli berpuas hati barulah perjanjian sewa beli boleh di lakukan.... (Abis yang selama ini)...
Didalam pindaan Akta itu juga terkandung beberapa peraturan lain, antaranya :
  1. Wang tempahan untuk membeli kenderaan dimasukkan dalam wang pendahuluan sekiranya pembelian secara sewa beli diteruskan. Wang tempahan adalah sebanyak satu peratus daripada harga tunai kenderaan tersebut.
  2. Sekiranya pembelian secara sewa beli tidak dapat diteruskan kerana masalah kegagalan mendapatkan pembiayaan, wang tempahan akan dipulangkan sepenuhnya jika pembatalan dibuat oleh penjual, sebaliknya jika pembatalan dibuat oleh bakal pembeli, maka 90 peratus daripada wang tempahan akan dipulangkan.
  3. Proses pengambilan semula kenderaan (Repossession) hendaklah dilakukan oleh ejen perolehan semula yang mempunyai permit. Pengambilan semula kenderaan tidak boleh dilakukan secara kekerasan, dan penyewa diberikan tempoh masa secukupnya untuk mengeluarkan barang peribadi.
  4. Proses pengambilan semula perlu mendapat perintah mahkamah sekiranya penyewa telah membayar ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barang. Sebaliknya perolehan semula tanpa perintah mahkamah pula dibuat jika jumlah ansuran tidak melebihi 75% daripada harga tunai barang.
Jadi selepas JUN 2011 ini nak tarik kereta kena ada budi bicara sikit.... xboleh terus amik je... kalau owner minta sehari lagi untuk tempoh keluarkan barang... bagi la peluang... ini ada yang dengar cerita baru keluar dari beli barang di tesco tukang tarik tunggu tepi kereta...nak tarik kereta.... abis kita ngan barang2 yang banyak ni nak bawak balik macamana? di suruhnya kita balik tolak troli tu saje..... tak ke payah macam tu....
    Dan dalam pindaan itu juga ada di tulis bahawa pemunya (termasuk wakil jualan) tidak boleh meminta bakal penyewa (pembeli) menandatangani borang yang masih tidak lengkap butirannya. Borang ini termasuklah perjanjian sewa beli, penukaran hak milik dan sebagainya.(sebelum ini semua borang yang kita tandatangan semuanya kosong... percaya bulat2 pada pemunya atau wakil penjual)..... Penyewa juga mempunyai hak untuk meminta menyimpan kad pendaftaran kenderaan daripada institusi perbankan melalui permohonan secara bertulis . Dan kena ingat juga penyewa haruslah memberi maklumat mengenai kenderaan kepada pihak bank sekiranya mendapat notis dari pihak bank dalam tempoh 14 hari setelah menerima notis...
    Dan satu lagi yang paling penting, sekiranya penyewa hendak melunaskan ansuran (pinjaman) lebih awal berhak mendapat rebet faedah yang dikenakan bagi tempoh yang belum di lalui.. Rebet ini haruslah di buat mengikut formula yang telah di tetapkan di bawah akta (dan bukannya mengikut formula kepada otak sendiri)

    Jadi kalau skang ini anda semua ada cita2 nak beli kereta...sabarlah dulu tunggu la bulan 6 nanti... sebab rasanya sekarang ni ramai yang tengah kelam kabut nak jual kereta potong sambung diorang..... dan banyak juga yang tengah kelam kabut nak ubahsuai kenderaan......

    Apa2 pon fikir dan kaji dulu sebelum membuat keputusan.....

    1 comments:

    Unknown said...

    Hi, saya berminat nak jadi ejen perolehan semula. Sila tunjuk ajar cara2. Saya akan menghargai jasa anda. Terima kasih. Email: jdhilon@yahoo.com

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Info Terkini

    keputusan Kemasukan ke UPU boleh di periksa mulai

    Tarikh : 06-05-2011 (selepas pukul 12.00tgh)
    Melalui laman web:
    Klik Sini

    Taniah kepada yang berjaya!!... yang tidak janganlah berputus asa.. mungkin rezeki anda di tempat lain.. keputusan kemasukan ke ILJTM juga boleh diperiksa di sini..

    Status !YM Kapten Mat... Jom! Chat

    Saya Iklankan





    Nuff Ads

    Main Menu

    Anak Kapal Kapten Mat

    Social Share!

    kongsi cerita Kapten Mat dengan :

    --

    Pengumuman!!!

    Kapten Mat Teropong Buluh Facebook Fan Page`s memerlukan 25 orang untuk menyukainya barulah ia layak menerima "username' nya sendiri. Klik pada butang "Like" @ "Suka" pada FB Fan Page sebagai tanda sokongan anda. Jasa anda semua tidak akan di lupakan..

    Penaja Rasmi

    Kapten Mat 2011. Powered by Blogger.

    Online User

    Anda Pengunjung Ke: